Kembara Alam Maya, Antara Realiti Dan Fantasi....

Tuesday, 29 May 2012

Blood Donation...Agak-agak dapat tak sebesen darah kalau saiz aku ni??

1st time dalam hidup aku buat keja ni..itu pun atas sokongan kawan-kawan especially si Hasniza (yang kempen kat aku derma darah ni boleh kurus...) 

HB reading = 13.6   PASSED!!!

Tapi okaylaa daripada terus menderma kat nyamuk-nyamuk tuh!! Bangga sangat-sangat bila dapat buku merah untuk rekod setiap kali menderma darah!! 


Walaupun mula-mula memang takut amat tapi..Alhamdulillah berjaya,semoga ianya dapat menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan...amin.






Insyaallah akan ku teruskan menderma selagi hayat di kandung badan....cayok!! cayok!!

Thursday, 24 May 2012

Tips Kuruskan Badan....

Tumbuhan semulajadi memang banyak manfaatnya. Ada yang boleh digunakan di dalam masakan dan ada juga yang boleh digunakan dalam penjagaan kesihatan mahupun kecantikan diri. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan semulajadi yang dapat mengurangkan berat badan / obesiti. Antara jenis-jenis tumbuhan  yang dapat digunakan sebagai tips kuruskan badan secara semulajadi ialah;

1. Limau Nipis
Buah limau nipis adalah tumbuhan perdu yang menghasilkan buah dengan nama yang sama. Tingginya boleh mencapai 6 meter dan ia mengandungi banyak air serta vitamin C yang tingggi. Untuk membuat ramuan kuruskan badan secara semulajadi, ambillah limau nipis dan belah empat, perahkan jusnya dan campurkan dengan secawan teh pahit yang pekat. Minum setiap malam dengan secawan teh pahit yang pekat. Minum setiap malam sebelum tidur.

2. Nenas
Buah nenas dengan vitamin C serta dapat menyembuhkan beberapa penyakit seperti kecacingan, sakit tekak, beri-beri, sembelit, luka terbakar, gatal, bisu dan obesiti. Untuk mengurangkan obesiti, sediakan tidak terlalu masak, kupas dan dan cuci bersih. Potong mengikut keperluan, dan parut untuk diambil jusnya. Ambil pati nenas tadi dan minum dua kali sehari.

3. Buah Delima 
Buah delima mempunyai banyak cabang, serta mempunyai duri pada cabang dahannya. Terdapat tiga jenis buah delima iaitu delima iaitu delima merah dan delima ungu. Tanaman ini memiliki pelbagai khasiat dan setiap bahagian tanaman ini berguna, dari akar hinggalah ke kulit kayunya. Untuk dimanfaatkan sebagai ramuan untuk kuruskan badan, ambil dua lembar daun delima muda.Cuci dan tumbuk sehingga halus, ramas dan tambahkan air panas sebanyak tiga gelas. Campurkan dengan sedikit garam dan tapis. Amalkan minum dua hingga tiga kali sehari sebanyak setengah gelas.

4. Lobak merah dan timun
Lobak merah dan timun dapat digunakan untuk mengubati obesiti iaitu dengan menjadikan ia jus. Caranya, ambil dua atau tiga batang lobak merah dan sebiji timun berukuran sederhana. Parut dan perahkan jusnya. Boleh juga ditambahkan pati limau nipis bagi menambahkan rasanya dan minum dua kali sehari sehingga mencapai berat badan yang diinginkan.
5. Daun Salam @ Daun Kari
Daun salam atau daun kari biasanya digunakan didalam masakan. Selain itu ia juga dapat digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit antaranya adalah kolesterol tinggi, kencing manis, tekanan darah tinggi, cirit-birit dan mengurangi obesiti. Bagi yang ingin mengurangkan obesiti/ kuruskan badan, ambil lima sehingga tujuh helai daun salam yang masih segar. Cuci sehingga bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih. Kemudian, tapis dan biarkan sejuk. Amalkan minum air rebusan daun salam sebelum makan pada waktu siang dan malam.


6. Halia
Jus halia sangat berkhasiat membuang angin serta dapat menurunkan berat badan. Air limau memang sangat bagus untuk pembakaran lemak dalam tubuh badan kita. Caranya rebus halia 5 inci yang sudah dibuang kulitnya. Cuci sehingga bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih. Kemudian, tapis dan biarkan sejuk. Amalkan minum sebelum makan pada waktu siang dan malam.




Sumber : Majalah Mingguan Wanita


Selamat berjaya bagi yang ingin mencuba!!! ( Tapi aku tetap mcm ni..tak kurus2 jugak, takpelah " Sharing Is Caring" kan...) 

Monday, 21 May 2012

Family Day At Genting Highland..

Nak citer sikit pasal pengalaman aku pegi Family Day Polyplastic dekat Genting bln 3 baru2 ni..( kira dah terlambat laaa tp aku nak citer jugak!!)


Kami gerak dlm pukul 8 pagi, sampai puncak pukul 12.30 macam tu laa...teringat kat Pia yang baru bangun tido, tiba-tiba sakit perut...rupa-rupanya mabuk!! Abis baju glamour aku...      ( Sponsored by PAP!! )


Malam tu dinner with Fuyoo Magic & Mascot Boboboy, gempak giler!!!   ( Aku pun jadi cam budak-budak gaklaa malam tuh!!)
Boboboy & Yaya ( feberet anak2 aku...)
Sharil Fuyoo Magic !!!
Next day baru masuk theme park,dlm hujan renyai-renyai kami redah..teringat camana hubby aku jatuh terlentang atas jambatan basah!! aku? apa lagi gelak sampai nak pecah perut..( sorry bang...)


Kami gerak balik kuantan dalam pukul 3 ptg, penat jangan cakap, tapi anak-anak aku ok jer..lebih-lebih lagi Si Pia! kalau bab berjalan no hal punyer ( anak ibu....)

Tuesday, 15 May 2012

AKU YANG DULU..

Yeahaaa!!!! 2 bln selesai sudaa... dan aku kini kembali meneruskan tugasan asal aku ..sedey..(konon..) :-) kui kui kui!!
Kechik pun dah buat keja cam dulu-dulu...
Tup2 bos dia pulak nak resign.(jgn tye kenapa coz aku pn tak tahu), entah apalaa nasib kechik lepas ni dan nama sapalah pulak yang masuk carta..wait n see!!


Yang pasti aku dah bebas!! Nasib kau laa wahai sang lebah, sebab kau memang dicipta untuk menjadi tempat aku meluahkan rasa dan aku akan pastikan setiap ruanganmu dipenuhi coretan dan angan2 aku yang tak sudah....

Monday, 23 April 2012

PART 2 : CIRI-CIRI ISTERI SOLEHAH

1 ) Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yg sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumahtangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.


2 ) Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya. Begitu juga dgn maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri perlu memohon keizinan suaminya utk keluar rumah ataupun mengerjakan ibadah puasa sunat.


3 ) Isteri perlu bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.


4 ) Isteri yg sedia menerima pemberian suami dgn penuh keikhlasan dan kerelaaan. Isteri tidak meminta sesuatu yg suami tidak mampu menunaikannya.


5 ) Isteri yg sentiasa bersyukur dan tenang, samada menerima nikmat ataupun dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dgn sabar.


6 ) Berdiam diri sambil mendengar sewaktu suami bercakap.

Tunggu Part 3.........

Thursday, 8 March 2012

Esok Baru Cabutttt......


Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adoi.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?”
Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.
Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: “Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.”
Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.
Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!”
Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: “Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?”.

MORAL:
Sebenarnya sebagai insan yang bijaksana, tidaklah wajar untuk kita buruk sangka dan mencuri-curi dengar perbualan orang lain. Ini mungkin akan menyebabkan kita salah sangka kerana kita tidak tahu cerita selengkapnya. Akibatnya, kita sendiri mungkin akan dapat malu kerana bertindak melulu......wakakaka!!!!

Wednesday, 7 March 2012

Harga Minyak Naik......

Dalam sebuah hadis direkodkan oleh Ibnu Majah, Nabi Muhammad menceritakan yang maksudnya :
Lima bala akan terjadi pada akhir zaman dengan sebab 5 perkara :
  1.  Penyakit yang tiada ubat dengan sebab banyak berlaku zina.
  2.  Susah mencari rezeki, harga barangan naik, dan banyak berlaku kezaliman kerana ramai peniaga yang   menipu.
  3. Berlaku kemarau kerana ramai yang tidak mengeluarkan zakat. 
  4. Musuh Islam menguasai umat Islam kerana umat Islam mungkir janji kepada Allah.
  5. Berperang sesama sendiri menyebabkan rakyat membiarkan pemerintah meninggalkan hukum Islam.


Renung-renungkanlah.......