Ada sepasang pengantin
baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu,
tiba-tiba isterinya mengerang, “Adoi.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?”
Suaminya lantas
menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka
mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar
tidur pengantin.
Tapi kerana tidak
dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami
pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: “Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok
baru cabut.”
Sejak dari tadi si
mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya
mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali
ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang
pintu kamar pengantin.
Dengan rasa geram bapa
mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau
besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!”
Terkejut besarlah
kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada
ayahnya: “Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik
Gigi yang buka 24 jam?”.
MORAL:
Sebenarnya sebagai insan yang bijaksana, tidaklah wajar untuk kita buruk sangka
dan mencuri-curi dengar perbualan orang lain. Ini mungkin akan menyebabkan kita
salah sangka kerana kita tidak tahu cerita selengkapnya. Akibatnya, kita
sendiri mungkin akan dapat malu kerana bertindak melulu......wakakaka!!!!
No comments:
Post a Comment