Kembara Alam Maya, Antara Realiti Dan Fantasi....

Thursday 8 March 2012

Esok Baru Cabutttt......


Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adoi.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?”
Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.
Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: “Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.”
Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.
Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!”
Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: “Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?”.

MORAL:
Sebenarnya sebagai insan yang bijaksana, tidaklah wajar untuk kita buruk sangka dan mencuri-curi dengar perbualan orang lain. Ini mungkin akan menyebabkan kita salah sangka kerana kita tidak tahu cerita selengkapnya. Akibatnya, kita sendiri mungkin akan dapat malu kerana bertindak melulu......wakakaka!!!!

Wednesday 7 March 2012

Harga Minyak Naik......

Dalam sebuah hadis direkodkan oleh Ibnu Majah, Nabi Muhammad menceritakan yang maksudnya :
Lima bala akan terjadi pada akhir zaman dengan sebab 5 perkara :
  1.  Penyakit yang tiada ubat dengan sebab banyak berlaku zina.
  2.  Susah mencari rezeki, harga barangan naik, dan banyak berlaku kezaliman kerana ramai peniaga yang   menipu.
  3. Berlaku kemarau kerana ramai yang tidak mengeluarkan zakat. 
  4. Musuh Islam menguasai umat Islam kerana umat Islam mungkir janji kepada Allah.
  5. Berperang sesama sendiri menyebabkan rakyat membiarkan pemerintah meninggalkan hukum Islam.


Renung-renungkanlah.......

Friday 2 March 2012

3 BULAN JER.....

Memang pecah kepala kalau dipikir....adussss memo tu, sabo Kak Bie...3 bulan jer, kesian Kechik...meroyan jugak aku tengok,jgn berenti yer Kechik...3 bulan jer..tak lama..muntah darah laa kita...waaaa...tp untuk 3 bulan jer...terbalik telingkup...namun ku telan jua..untuk 3 bulan jer...tapi takpe Kechik kan ada..tq Kechik..walaupun Kechik kadang-kadang pening kepala, dengan bos dia yang entah apa-apa, nak buat camana....think positive itu aja, semua dugaannyer....kita redah kasi pecah!!! untuk 3 bulan jer....

Thursday 1 March 2012

PART 1 : CIRI-CIRI ISTERI SOLEHAH.....

1 ) Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya sepertimana dia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

2 ) Isteri yang sentiasa menjaga aurat daripada pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.

3 ) Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumahtangga mereka. Ini kerana sifat semula jadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.

4 ) Isteri sedia memberi kesetiaan,ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.