Kembara Alam Maya, Antara Realiti Dan Fantasi....

Thursday 27 September 2012

About .....ALPHA LIPID SD2

Dah lama aku tak update blog ni...dah bersawang pun!!! Entri kali ni aku nak share serba sikit pasal susu Alpha Lipid SDII yang aku ambik sekarang ni...hopefully hasilnya memuaskan. Apa-apa pun yang penting displin dan usaha tanpa jemu dan putus asa...insyallah segala impian kita akan jadi kenyataan!!


Apa Kandungan Alphalipid SDII ??

Alphalipid - meningkatkan penghantaran dan penyebaran keseluruh tubuh - memastikan    bahan aktif disampaikan ketempat yang sepatutnya di dalam tubuh
Green Tea - meningkatkan kadar tenaga metabolisme, meransang pembakaran lemak
Sweetened wt Stevia - gula stevia tiada kalori

Kelebihan Alphalipid SDII  

Menggalakkan pembakaran lemak semulajadi dengan lebih efektif melalui sistem penghantaran bijak ALPHALIPID ke bahagian tubuh yang memerlukan serta bantuan pembakaran lemak dari kandungan ekstrak Teh Hijau
Menyediakan pemakanan yang lengkap untuk kesihatan dan tenaga yang lebih ketika berdiet
Kandunganyang membantu menstabilkan kadar gula dalam darah dan menyebabkan rasa kenyang
Memastikan jisim otot dan ton kulit dipelihara
Mudah dihadam dan tiada transfat
Menambah kepada pengambilan protin

Bagaimana badan menyimpan lemak ?

memakan karbohidrat + peningkatan gula dalam darah + pengeluaran insulin bertambah + penyimpanan lemak + gula yang rendah dalam darah + rendah tenaga dan mood swing + ketagihan karbohidrat

Bagaimana badan membakar lemak ?

Kurang makan karbo + kurang gula dalam darah + kurang pengeluaran insulin + pembakaran semula lemak terkumpul + tenaga yang tinggi + tiada ketagihan karbo ( jgn berlapar )

APAKAH KONSEP DIET ALPHALIPID SDII?

Ia konsep PROTEIN SPARING MIDIFIED FAST
Hanya membakar lemak dan mengekalkan Jisim Otot!!
bina otot dan tingkatkan metabolisme
kulit berseri , cantik
kulit tegang tidak gelebeh
tiada kesan naik mendadak kerana jisim otot dilindungi

Cara Pengambilan Alphalipid SDII 

Goncang tin sebelum dibuka.
Campurkan 2 skup alphalipid sdii ke dalam 250 ml air sejuk goncang hingga larut
bole minum sebelum atau selepas makan
minum alphalipid sdii 4 kali sehari
contoh cara pengambilan : bangun waktu pagi minum Alphalipid sdii + sarapan pagi , sebelum makan tengahari minum Alphalipid sdii dan makan tengahari , minum Alphalipid sdii  petang dan minum Alphalipid sdii sebelum makan malam + makan malam

PANTANG LARANG BERDIET Alphalipid SDII

Jangan BERLAPAR - kalau lapar metabolisme turun pembakaran lemak perlahan

Jangan AMBIL KARBO lebih 20 grams. Alphalipid SD2 mempunyai kesemua yang anda perlukan untuk mempercepatkan proses penurunan berat badan dengan begitu efektif dan mengekalkan kelansingan dalam jangkamasa panjang!!

Kelebihan Kandungan Alphalipid SD2

1) MEMPUNYAI TAMBAHAN EKSTRAK GREEN TEA

membantu meninggikan metabolisme
meningkatkan penggunaan tenaga
meransang badan membakar lemak
bahan antioksida yang kuat
antibakteria dan antiviral

2) MEMPUNYAI TAMBAHAN SERAT

membantu sistem penghadaman
memberi rasa kenyang lebih lama

3) MEMPUNYAI FORMULA TINGGI PROTIN

memperbaiki jisim otot
meningkatkan metabolisme

4)  MEMPUNYAI ALPHALIPID

formula ALPHALIPID utnuk penyerapan nutrien dan vitamin yang lebih baik!!

SEMUA INI BERFUNGSI UNTUK MENJADIKAN

1. tiada kesan kelaparan terlampau
2. tiada ketagihan kepada makanan karbohidrat dan manis
3. kawalan gula dalam darah lebih baik
4. meransang tindakbalas insulin yang lebih berkesan
5. lebih bertenaga dan tidak letih semasa berdiet
6. memelihara jisim otot dan ton kulit tidak mengendur

Tunggu testimoni seterusnya....Puan Salbiza Usop!!!

Friday 20 July 2012

DALAM MENGENANGMU YA RASULULLAH...



Pepatah melayu ada mengatakan " Tak Kenal Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati bioata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru, saya berasa bertanggungjawab untuk berkongsi di sini biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW :


" Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang
  mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga" ( Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

BIODATA RASULULLAH SAW


1. Nama : Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Muttalib Bin Hashim
2. Tarikh Lahir : Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M ( dikenali sebagai tahun gajah
     sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah )

3. Tempat Lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al Mukarramah
4. Nama bapa : Abdullah Bin Abdul Muttalib Bin Hashim
5. Nama ibu : Aminah Binti Wahab Bin Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman, hamba perempuan         
    bapa Rasulullah SAW)
7. Ibu susu pertama : Thuwaibah ( Hamba perempuan Abu Lahab )
8. Ibu susu kedua : Halimah Binti Abu Zuaib As-Sa'diah ( lebih dikenali Halimah As-Sa'diah.
    Suaminya bernama Abu Kabsyah )


USIA 5 TAHUN
1. Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk
    mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.



USIA 6 TAHUN
1. Ibunya Aminah Binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' ( sebuah
    kampung yang terletak diantara Mekah dan Madinah )
2. Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman ( hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan
    dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.


USIA 8 TAHUN
1. Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
2. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN
1. Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
2. Di Kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah
    bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi
    di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.




USIA 20 TAHUN
1. Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab "Sirah" jilid 1, halaman
    184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun.
    Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan
     anak-anak panah sahaja.
2. Menyaksikan "Perjanjian Al-Fudhul", iaitu perjanjian damai untuk memberi pertolongan
    kepada orang yang dizalimi di Mekah.




USIA 25 TAHUN
1. Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah Binti Khuwalid
    Al-Asadiyah.
2. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah, lelaki suruhan Khadijah.
3. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang
    lain pergi berjumpa Amru Bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang 
    Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.


USIA 35 TAHUN
1. Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
2. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
3. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan " Hajarul-Aswad" ke tempat asal dan
    sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
1. Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.


USIA 53 TAHUN
1. Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar 
    Al-Siddiq.
2. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal / 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
1. Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal
    tahun 11H/8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
1. Khadijah Binti Khuwalid
2. Saudah Binti Zam'ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar ( anak Saidin Abu Bakar )
4. Hafsah Binti Umar ( anak Saidina Umar Bin Al-Khattab )
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai Bin Akhtab
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar "Ummu Al-Masakin", Ibu Orang Miskin )


ANAK ANAK RASULULLAH
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra


ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah Bin Hind Bin Habbasy Bin Zurarah Al-Tamimi (anak kepada
Saidatina Khadijah bersama Hind Bin Habbasy)Ketika berkahwin dengan Rasulullah SAW, Khadijah adalah seorang janda.


SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

SAUDARA SUSUAN

1. Thuwaibah
2. Hamzah
3. Abu Salamah Abdullah Bin Abdul Asad
4. Halimah Al-Saidiyyah
5. Abu Sufyan Bin Harith Bin Abdul Mutallib
6. Abdullah Bin Harith Bin Abdul 'Uzza
7. Syaima' Binti Harith Bin Abdul 'Uzza
8. Aisyah Binti Harith Bib Abdul 'Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
( ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah***
5. Al-Abbas***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka'bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim )
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam)***


*** sempat masuk Islam


### Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.



RASULULLAH

Rasulullah Dalam Mengenangmu
Kami Susuri Lembaran Sirahmu
Pahit Getir Perjuanganmu
Membawa Cahaya Kebenaran

Engkau Taburkan Pengorbananmu
Untuk Umat Ku yang Tercinta
Biar Terpaksa Tempuh Derita
Cekalnya Hatimu Menempuh Ranjaunya

Tak Terjangkau Tinggi Pekertimu
Tidak Tergambar Indahnya Akhlakmu
Tidak Terbalas Segala Jasamu
Sesungguhnya Engkau Rasul Mulia  

Tabahnya Hatimu Menempuh Dugaan
Mengajar Erti Kesabaran
Menjulang Panji Kemenangan
Terukur Namamu Di Dalam Al-Quran

Rasulullah Kami Umatmu
Walau Tak Pernah Melihat Wajahmu
Kami Cuba Mengingatimu
Dan Kami Cuba Mengamal Sunnahmu

Kami Sambung Perjuanganmu
Walau Kita Tak Pernah Bersua
Tapi Kami Tak Pernah Kecewa 
Allah Dan Rasul Sebagai Pembela








  


    

Friday 13 July 2012

Kadangkala Diam Itu Lebih Baik Kan Teman.....

Sepanjang hidup kita, tidak terkira insan-insan yang hadir dan yang pergi. Ada yang hadirnya hanya seketika seperti bayu. Dia datang dan pergi begitu saja tanpa terkesan apa-apa dan mungkin kita tidak perasan pun akan kehadirannya, begitu juga dengan dia...





Ada pula yang datang dan begitu setia dengan kita tapi kita tidak rasa pun kehadiran dirinya untuk terus bersama kita. Malah kadangkala mungkin kita rasa lebih baik dia tidak wujud daripada dia tidak memberi apa-apa manfaat untuk kita sehinggalah dia pergi buat selama-lamanya...

Dan adakalanya, kita rasa kita tak dapat kongsikan apa-apa dengan kawan kita.....

Kita selalu kata, " takde apa-apa"...


tetapi dalam hati kita, hanya Allah yang tahu keperitan yang kita rasa...

Ada perkara kita tak dapat nak ceritakan pada SAHABAT, dan hanya pada Allah kita boleh luahkan....

Kadangkala, lebih baik diam daripada menjelaskan apa yang kita rasakan...

kerana menyakitkan ketika mereka mampu mendengar,,tapi tak mampu mengerti apa yang kita maksudkan.....



Friday 6 July 2012

Mat Salai Oh Mat Salai.....

Pengenalan :

MAT SALAI SDN.BHD adalah produk makanan segera berkonsepkan kiosk 100% bumiputera.
Menu utamanya berasaskan daging salai dan serunding yang pertama di Malaysia.

Pejam celik dah sebulan aku try bisness ni.Alhamudulillah...sambutan pun menggalakkan, walaupun penat tapi berbaloi-baloi..Kalau nak tahu aku jual Mat Salai oblong,ada Mat Chicken, Mat Beef, Mat Lamb, Mat Salai & Mat John. Yang paling laris Mat Chicken ( budak2 suka ayam kot..) bagi aku, Mat Lamb and Mat Salai laa yang beshhhh!!! Oblong Mat Salai ni ala-ala beger Mc D laa..ada prosperity sos..yg menariknya packing dia yang orange color tu...memang attractive!!

Selain oblong, Mat Salai pun ada produk Ice Blended, macam-macam jus ada, manggo, soursop, kiwi, orange, strawberry, pink guava dan coklat. Yang paling best ialah Teh Mat Salai Special!!!



Ni yang paling penting.....HALAL!!!


Ni la kiosk aku..(depan umah jer)


Jenis-jenis oblong yang ada...memang mabeles!!! 

Ice blended satu!!!



Ni laa packing dia...cantik kan???

TUNGGU APA LAGI???? JOM SINGGAH!!! 


Friday 15 June 2012

Panggilan Pulau...3D2N @ Tioman Island

Sempena cuti sekolah kali ini, kami memilih Pulau Tioman sebagai destinasi cuti-cuti mesia.
Perjalanan menaiki feri dari Jeti Mersing dari pukul 6.30ptg dan sampai ke Jeti Kampung Tekek pukul 9.00 malam, lebih kurang 2 jam 1/2 perjalanan. Pengalaman kami first time naik feri.. emmm seronok sangat-sangat!! TQ kat Abang Chik yang sudi menyambut kedatangan kami...

Pulau Tioman yang dikelilingi kampung kecil
Keesokan pagi kami beramai-ramai bertolak ke Kampung Juara yang terletak di seberang bukit. Perjalanan menaiki Hilux amat menakutkan lebih-lebih lagi bila terpaksa meredah bukit yang tinggi dan curam. Sesungguhnya kejadian Tuhan itu teramat indah...bila sampai ke Kampung Juara. Hilang segala ketakutan bila kami tiba di lokasi pemuliharaan penyu. Selepas seisi beramah mesra dengan penyu, kami bergerak ke air terjun berdekatan..apalagi "happy hour" bermula!!!Teruja bila tengok ikan cantik-cantik turut sama mandi...best giler!!!

Setelah penat dan puas mandi kami menuju ke Marine Park( tempat yang aku kira paling best n enjoy!!)
Yang best part bila dapat  bagi makan ikan yang berkurumun di kaki ( rasa tak nak balik!!)






Kat bawah ni ada gambar-gambar yang sempat aku shoot untuk tatapan...

Pemandangan Jeti Kg Tanjung Gemok, Rompin


Sekitar kawasan Jeti Mersing
( Kat sini ada banyak kedai yang menjual baju, souvenir yang harganya lebih murah dari yang terdapat      di Pulau Tioman)

Tiket feri pergi dan balik dari Jeti Mersing Ke Pulau Tioman
( RM 70.00 Dewasa
RM 60.00 Kanak-Kanak)








Condition dalam " Bluewater Ferry "
( TV mmg ada tapi boleh tengok gambar jer...suara  tak dengar  sebab bunyi  enjin bot bising ,  kat tepi pintu plak ada "luggage compartment" tetapi kalau boleh bag yg ada brg berharga ataupun mudah pecah, jgn letak kat situ sebab diaorang main longgok aje...)




Air terjun yang terdapat di Kampung Juara,
airnya sangat-sangat sejuk sampai ke tulang. 
Ikan-ikan pun banyak kat sini...sangat sesuai 
untuk budak-budak mandi..






Berjalan kaki ke tempat ternakan penyu di Kampung Juara



Di sinilah pusat pemuliharaan penyu di Kampung Juara.
Tempat ini dimiliki oleh seorang Mat Saleh yang menyewa chalet berdekatan.
( Bayaran Masuk : RM 10.00 Seorang )




Salah seekor penyu buta yang dipelihara oleh beberapa sukarelawan di sini. 


Pulau Tioman Marine Park


Pemandangan di sekitar Marine Park ini sangat-sangat cantik 
dengan pantai dan airnya yang bersih...
Subhanallah....indah sungguh ciptaanMu!!



Angah yang seronok mandi sampai tak nak balik!! 


Marine Park ini didiami berbagai spesies ikan yang jinak 
di mana kita dibenarkan memberi makan ikan dengan roti yang 
di jual di sini dengan harga RM 2.00 /plastik.


Si kecik tak ketinggalan main pasir pantai 


Kawasan Jeti perahu layar di Kampung Tekek








Insyaallah, kami akan ke sana lagi satu hari nanti....


Friday 8 June 2012

Santai Hujung Minggu....


Ektibiti weekend kami sekarang ni swimming ( Hobi orang kaya gitu!!!) kwang kwang kwang...
Sejak De Rhu Beach Resort open swimming pool for public, kami anak beranak santai kat situ aje..
lagipun kolam kat situ selamat untuk budak-budak mandi..

Fees :-
Adult - RM 10.00
Children - RM 7.00

Yang bestnyer boleh bawak makanan dari luar...siap boleh piknik lagi!!!

Emmm...eskrim pun ada....
Ibu yang lebih-lebihnyer.....



Kakak Nana yang rajin melayan si kecik..
Rehat jap...penat tp beshhh!!


Nice view..



Thursday 7 June 2012

Jalan-jalan cari makan....@ Sara Thai Kitchen




Along ngan menu wajib dia nasi goreng ikan masin n kerabu mangga 

Angah cam biasa...nasi goreng pattaya

Udang celup tepung pilihan si kecik...



Ikan kerapu lamprik, memang mabeles!!




Ibu ngan abah belasah jer apa yang ada.....

Tuesday 29 May 2012

Blood Donation...Agak-agak dapat tak sebesen darah kalau saiz aku ni??

1st time dalam hidup aku buat keja ni..itu pun atas sokongan kawan-kawan especially si Hasniza (yang kempen kat aku derma darah ni boleh kurus...) 

HB reading = 13.6   PASSED!!!

Tapi okaylaa daripada terus menderma kat nyamuk-nyamuk tuh!! Bangga sangat-sangat bila dapat buku merah untuk rekod setiap kali menderma darah!! 


Walaupun mula-mula memang takut amat tapi..Alhamdulillah berjaya,semoga ianya dapat menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan...amin.






Insyaallah akan ku teruskan menderma selagi hayat di kandung badan....cayok!! cayok!!

Thursday 24 May 2012

Tips Kuruskan Badan....

Tumbuhan semulajadi memang banyak manfaatnya. Ada yang boleh digunakan di dalam masakan dan ada juga yang boleh digunakan dalam penjagaan kesihatan mahupun kecantikan diri. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan semulajadi yang dapat mengurangkan berat badan / obesiti. Antara jenis-jenis tumbuhan  yang dapat digunakan sebagai tips kuruskan badan secara semulajadi ialah;

1. Limau Nipis
Buah limau nipis adalah tumbuhan perdu yang menghasilkan buah dengan nama yang sama. Tingginya boleh mencapai 6 meter dan ia mengandungi banyak air serta vitamin C yang tingggi. Untuk membuat ramuan kuruskan badan secara semulajadi, ambillah limau nipis dan belah empat, perahkan jusnya dan campurkan dengan secawan teh pahit yang pekat. Minum setiap malam dengan secawan teh pahit yang pekat. Minum setiap malam sebelum tidur.

2. Nenas
Buah nenas dengan vitamin C serta dapat menyembuhkan beberapa penyakit seperti kecacingan, sakit tekak, beri-beri, sembelit, luka terbakar, gatal, bisu dan obesiti. Untuk mengurangkan obesiti, sediakan tidak terlalu masak, kupas dan dan cuci bersih. Potong mengikut keperluan, dan parut untuk diambil jusnya. Ambil pati nenas tadi dan minum dua kali sehari.

3. Buah Delima 
Buah delima mempunyai banyak cabang, serta mempunyai duri pada cabang dahannya. Terdapat tiga jenis buah delima iaitu delima iaitu delima merah dan delima ungu. Tanaman ini memiliki pelbagai khasiat dan setiap bahagian tanaman ini berguna, dari akar hinggalah ke kulit kayunya. Untuk dimanfaatkan sebagai ramuan untuk kuruskan badan, ambil dua lembar daun delima muda.Cuci dan tumbuk sehingga halus, ramas dan tambahkan air panas sebanyak tiga gelas. Campurkan dengan sedikit garam dan tapis. Amalkan minum dua hingga tiga kali sehari sebanyak setengah gelas.

4. Lobak merah dan timun
Lobak merah dan timun dapat digunakan untuk mengubati obesiti iaitu dengan menjadikan ia jus. Caranya, ambil dua atau tiga batang lobak merah dan sebiji timun berukuran sederhana. Parut dan perahkan jusnya. Boleh juga ditambahkan pati limau nipis bagi menambahkan rasanya dan minum dua kali sehari sehingga mencapai berat badan yang diinginkan.
5. Daun Salam @ Daun Kari
Daun salam atau daun kari biasanya digunakan didalam masakan. Selain itu ia juga dapat digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit antaranya adalah kolesterol tinggi, kencing manis, tekanan darah tinggi, cirit-birit dan mengurangi obesiti. Bagi yang ingin mengurangkan obesiti/ kuruskan badan, ambil lima sehingga tujuh helai daun salam yang masih segar. Cuci sehingga bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih. Kemudian, tapis dan biarkan sejuk. Amalkan minum air rebusan daun salam sebelum makan pada waktu siang dan malam.


6. Halia
Jus halia sangat berkhasiat membuang angin serta dapat menurunkan berat badan. Air limau memang sangat bagus untuk pembakaran lemak dalam tubuh badan kita. Caranya rebus halia 5 inci yang sudah dibuang kulitnya. Cuci sehingga bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih. Kemudian, tapis dan biarkan sejuk. Amalkan minum sebelum makan pada waktu siang dan malam.




Sumber : Majalah Mingguan Wanita


Selamat berjaya bagi yang ingin mencuba!!! ( Tapi aku tetap mcm ni..tak kurus2 jugak, takpelah " Sharing Is Caring" kan...)