Kembara Alam Maya, Antara Realiti Dan Fantasi....

Monday 18 March 2013

Fadhilat Ayat Al-Kursi

Ayat 255 dari Surah Al-Baqarah yang lebih dikenali sebagai Ayat Al-Kursi ini juga digelar "Penghulu Segala Ayat Al-Quran".

Ayat ini diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW, dgn diiringi ribuan makaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya. Perkataan KURSI bermaksud " Tempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat".Iaitu syiar atas kebesaran Tuhan yg meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi.

Antara hikmatnya iaitu seperti yg diterangkan dlm 99 hadis yg diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain2 ialah :-

1. Org yg selalu membaca ayat kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.

2. Sesiapa berwudhu lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya,seraya berdoa utk si pembaca sehinggalah hari kiamat..

3. Sesiapa membaca Al-Kursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.

4. Membacanya dpt menghilangkan rasa marah,dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.

5. Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya.

6. Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat utk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukan dirinya dari detik itu sampai esok hari.

7. Ayat Kursi jika dibaca dgn khusyuk, In Sha Allah boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar

8. Sesiapa yg membacanya selepas solat fardu, ia akan :

8.1. Berada dlm lindungan Allah hingga solat yg lain dan terpelihara drpd tipudaya dan gangguan syaitan.   

8.2. Allah akan mengmbil rohnya spt org yg berperang bersama para nabi sehingga mati syahid.

8.3. Terpelihara dari kekerasan malaikat maut dan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para anbiya.

Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya :

1 . Allah SWT mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga subuh.

2. Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya.

3. Terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

4. Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran-jirannya.

5. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.

Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan :-

1. Mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

2. Terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

3. Allah akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Marilah kita sama-sama mengamalkan bacaan ayat Al-Kursi dalam mencari keredaanNya...In Sha Allah

No comments:

Post a Comment