Kembara Alam Maya, Antara Realiti Dan Fantasi....

Friday 20 July 2012

DALAM MENGENANGMU YA RASULULLAH...



Pepatah melayu ada mengatakan " Tak Kenal Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati bioata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru, saya berasa bertanggungjawab untuk berkongsi di sini biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW :


" Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang
  mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga" ( Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

BIODATA RASULULLAH SAW


1. Nama : Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Muttalib Bin Hashim
2. Tarikh Lahir : Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M ( dikenali sebagai tahun gajah
     sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah )

3. Tempat Lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al Mukarramah
4. Nama bapa : Abdullah Bin Abdul Muttalib Bin Hashim
5. Nama ibu : Aminah Binti Wahab Bin Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman, hamba perempuan         
    bapa Rasulullah SAW)
7. Ibu susu pertama : Thuwaibah ( Hamba perempuan Abu Lahab )
8. Ibu susu kedua : Halimah Binti Abu Zuaib As-Sa'diah ( lebih dikenali Halimah As-Sa'diah.
    Suaminya bernama Abu Kabsyah )


USIA 5 TAHUN
1. Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk
    mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.



USIA 6 TAHUN
1. Ibunya Aminah Binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' ( sebuah
    kampung yang terletak diantara Mekah dan Madinah )
2. Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman ( hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan
    dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.


USIA 8 TAHUN
1. Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
2. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN
1. Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
2. Di Kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah
    bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi
    di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.




USIA 20 TAHUN
1. Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab "Sirah" jilid 1, halaman
    184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun.
    Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan
     anak-anak panah sahaja.
2. Menyaksikan "Perjanjian Al-Fudhul", iaitu perjanjian damai untuk memberi pertolongan
    kepada orang yang dizalimi di Mekah.




USIA 25 TAHUN
1. Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah Binti Khuwalid
    Al-Asadiyah.
2. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah, lelaki suruhan Khadijah.
3. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang
    lain pergi berjumpa Amru Bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang 
    Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.


USIA 35 TAHUN
1. Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
2. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
3. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan " Hajarul-Aswad" ke tempat asal dan
    sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
1. Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.


USIA 53 TAHUN
1. Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar 
    Al-Siddiq.
2. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal / 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
1. Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal
    tahun 11H/8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
1. Khadijah Binti Khuwalid
2. Saudah Binti Zam'ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar ( anak Saidin Abu Bakar )
4. Hafsah Binti Umar ( anak Saidina Umar Bin Al-Khattab )
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai Bin Akhtab
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar "Ummu Al-Masakin", Ibu Orang Miskin )


ANAK ANAK RASULULLAH
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra


ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah Bin Hind Bin Habbasy Bin Zurarah Al-Tamimi (anak kepada
Saidatina Khadijah bersama Hind Bin Habbasy)Ketika berkahwin dengan Rasulullah SAW, Khadijah adalah seorang janda.


SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

SAUDARA SUSUAN

1. Thuwaibah
2. Hamzah
3. Abu Salamah Abdullah Bin Abdul Asad
4. Halimah Al-Saidiyyah
5. Abu Sufyan Bin Harith Bin Abdul Mutallib
6. Abdullah Bin Harith Bin Abdul 'Uzza
7. Syaima' Binti Harith Bin Abdul 'Uzza
8. Aisyah Binti Harith Bib Abdul 'Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
( ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah***
5. Al-Abbas***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka'bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim )
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam)***


*** sempat masuk Islam


### Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.



RASULULLAH

Rasulullah Dalam Mengenangmu
Kami Susuri Lembaran Sirahmu
Pahit Getir Perjuanganmu
Membawa Cahaya Kebenaran

Engkau Taburkan Pengorbananmu
Untuk Umat Ku yang Tercinta
Biar Terpaksa Tempuh Derita
Cekalnya Hatimu Menempuh Ranjaunya

Tak Terjangkau Tinggi Pekertimu
Tidak Tergambar Indahnya Akhlakmu
Tidak Terbalas Segala Jasamu
Sesungguhnya Engkau Rasul Mulia  

Tabahnya Hatimu Menempuh Dugaan
Mengajar Erti Kesabaran
Menjulang Panji Kemenangan
Terukur Namamu Di Dalam Al-Quran

Rasulullah Kami Umatmu
Walau Tak Pernah Melihat Wajahmu
Kami Cuba Mengingatimu
Dan Kami Cuba Mengamal Sunnahmu

Kami Sambung Perjuanganmu
Walau Kita Tak Pernah Bersua
Tapi Kami Tak Pernah Kecewa 
Allah Dan Rasul Sebagai Pembela








  


    

No comments:

Post a Comment